Pages

0 Tilawah Al-Quran: Memanfaatkan Anugerah Allah s.w,t

0 nota tambahan untuk Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Akidah)

sila klik gambar untuk lebih jelas

ihsan daripada Ustaz Saleh...bab akidah

0 Ayat Hafazan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Para pelajar yang dikasihi, kepada yang belum memiliki koleksi ayat hafazan tingkatan 4 dan 5, sila download ayat hafazan ini untuk kegunaan di dalam pembelajaran nanti. Insya Allah, kita akan menjalani ujian ayat hafazan (bertulis dan lisan).

Ayat Hafazan Tingkatan 4 dan 5...klik sini

1 Adab & Akhlak Islamiah: Adab Menerima & Melayan Tetamu



info tambahan...Komuniti Maya SCH-UTM

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah ia memuliakan tetamu"


1. Sentiasa menunjukkan sikap ikhlas apabila dikunjungi tetamu bergantung kepada kesesuaian masa kesediaan menerima tetamu - sentiasa bersedia

2. Sentiasa bersedia memberi khidmat kepada tetamu yang berkunjung
jiran yang nak melahirkan, sakit dsb

3. Sentiasa bangga memperkenalkan tetamu yang berkinjung kepada semua ahli keluarga dan tetamu yang lain contohnya: sekiranya ada majlis atau jamuan, tidak membeza-bezakan tetamu yang hadir seperti tempat duduk yang istimewa untuk tetamu istimewa

4. Sentiasa suka mengambil berat tentang kesihatan tetamu dan ahli keluarga dengan menanyakan kesihatan diri dan ahli keluarga orang yang berkunjung itu
sekiranya tetamu bermalam, tanyakan keselesaan, perlukan bantuan dll

5. Sentiasa melayan tetamu dengan penuh kemesraan dan kehormatan
senyum terukir, kata-kata yang sedap didengar

6. Sentiasa peka dengan sifat dan amalan yang kurang baik seperti membeza-bezakan tetamu mengikut darjat dan kedudukan selalu berlaku dalam bentuk hidangan
tidak mengapa jika yang dihormati itu seorang yang lebih ilmunya, lebih wara'nya, lebih tua, tetapi bukan kerana kekayaan hartanya

7. Mencari jalan supaya tetamu cepat berasa selesa melalui pertemuan itu.

8. Sajikan makanan atau minuman sekadar yang termampu. Keselesaan untuk tuan rumah dan tetamu .Yang penting keikhlasan dan tidak membebankan.Tidak menimbulkan kekecohan dalam rumahtangga

9. Berbual-bual dengan mereka mengenai sesuatu yang bermanfaat
elakkan perbincangan mengenai keburukan orang lain berbincanglah mengenai bagaimana hendak memperbaiki kehidupan dll

10. Akhiri perbualan dengan tasbih kafarah

11. Hantar tetamu ke muka pintu sebagai langkah menghormati mereka

12. Iringilah perpisahan dengan doa-mendoakan

13. Mempelawa tetamu agar berkunjung lagi ini akan menunjukkan kita gembira menerima kedatangan mereka

14. Nyatakan bahawa anda senang dengan kedatangan mereka membawa rezeki
merapatkan lagi hubungan

bacaan tambahan:

Adab Menerima Tetamu...Norhayati Berahim

20 Adab Dalam Hubungan Sosial
...keepandshare

Muliakanlah Tetamu
...Mesra Rakyat

Latihan Adab Menerima dan Melayan Tetamu
...ebook

0 Tilawah Al-Quran: Kemuliaan Al-Quran


Intisari Ayat:
Allah s.w.t menerangkan tentang kelebihan Al-Quran yang diturunkan kepada manusia. Allah s.w.t menyatakan sekoranya Al-Quran diturunkan ke atas gunung-gunung yang kukuh nescaya akan hancurlah gunung tersebut kerana takutkan Allah s.w.t. Perumpamaan yang dibuat oleh Allah dalam surah Al-Hasyr ini mengajak kita sebagai manusia berfikir tentang penghayatan manusia terhadap Al-Quran. Selain itu, Allah s.w.t juga mempunyai nama-nama yang indah (Asmaul Husna) yang menunjukkan Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Semua makhluk Allah yang terdapat di alam ini sentiasa bertasbih kepadaNya.Antara yang terdapat dalam Al-Quran ialah:

Ibadat: solat, puasa, haji dan sebagainya

Ilmu pengetahuan: matematik, geografi, astronomi, fizik dan lain-lain
Undang-undang: hukum hudud, perkahwinan dan lain-lain
Akidah: rukun-rukun iman

Sejarah: kisah-kisah nabi
Keistimewaan Al-Quran

* mukjizat agung kepada Rasulullah s.a.w
* kandungan Al-Quran adalah lengkap yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti akhlak, ekonomi, sosial, politik dan sebagainya

* ajaran Al-Quran sesuai untuk diamalkan oleh semua bangsa dan di semua tempat

* Al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan hingga hari kiamat
* keindahan bahasa Al-Quran tidak dapat ditandingi

* setiap huruf yang dibaca dikira ibadat dan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t
Cara-Cara Menghayati Al-Quran

* istiqamah dalam membaca Al-Quran

* memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran di dalam kehidupan seharian

* sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan Al-Quran

* membaca Al-Quran dengan bertajwid dan tarannum

Asmaul Husna



***Info tambahan:

Mempersenda-sendakan agama (seperti menyatakan Al-Quran tidak relevan digunakan pada masa sekarang, semua agama adalah sama dan lain-lain) bukan sahaja HARAM bahkan boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam..maka dalam soal ini tidak boleh dibuat bergurau dan main-main kerana ia soal akidah..maka jika disedar apa yang dia telah lakukan maka dia dikehendaki mengucap kembali 2 kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah SWT..

0 keputusan Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama 2010 Tingkatan 5

sila klik image untuk paparan lebih jelas :)



0 Tutorial: Cara Membina Blog

Sebelum ini saya ada membuat entry tentang kelebihan mempunyai blog sendiri. Kali ini saya ingin membantu rakan-rakan yang belum mahir untuk membuat blog sendiri. Diharap dengan penerangan saya ini dapat membantu rakan-rakan untuk membina blog yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

***klik image untuk nampak lebih jelas...

Blogspot menjadi pilihan kepada sesiapa saja yang baru-baru berjinak dengan dunia blog. Saya akan terangkan mengikut urutan nombor yang telah saya labelkan pada gambar di atas.

1. Bagi yang sudah mempunyai Google Account, anda hanya perlu sign in mengikut email dan password yang telah didaftarkan.

2. Sekiranya anda belum lagi mempunyai blog sendiri, anda perlu klik pada Create A Blog untuk memulakan pembinaan blog.

3. Maklumat tambahan...anda boleh klik di hyperlink2 untuk mengikuti tutorial yang telah disediakan oleh pihak blogger.com.


Bagi yang belum mempunyai Google Account, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara untuk anda mendaftar dengan mudah.

1. Sila tulis email yang akan anda guna untuk setiap kali anda sign in.

2 dan 3. Pilih password yang tidak boleh dicerobohi atau diketahui oleh sesiapa sebagai langkah keselamatan.

4. Display name...anda boleh memilih apa sahaja nama yang akan dipaparkan di blog.


Setelah selesai mendaftar di Google Account, anda perlu menamakan blog anda.

1. Pilih nama yang sesuai untuk blog anda.

2. Kemudian, pilih nama untuk link blog anda pula.

3. Anda boleh check availbility untuk memastikan nama link yang anda pilih belum digunakan oleh orang lain.

Seterusnya, anda diberi peluang untuk memilih template blog anda. Terdapat banyak pilihan yang menarik yang boleh anda pilih. Setelah berpuas hati dengan pilihan template, klik continue untuk langkah yang seterusnya.

Klik kepada Start Blogging untuk memulakan entry yang pertama di blog anda.
Anda boleh mula menulis entry yang pertama. Sebelum memulakan entry, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang fungsi-fungsi yang terdapat dalam gambar di atas.

1. Jangan lupa menulis tajuk entry supaya memudahkan anda membuat rujukan pada bila-bila masa.

2. Anda boleh memilih jenis-jenis tulisan mengikut kehendak dan citarasa masing-masing.

3. Tulisan boleh diubah-ubah mengikut saiz yang anda suka.

4. Seperti dalam microsoft office, anda boleh pilih b = boldkan tulisan manakala i = italic.

5. Sekiranya anda hendak menghubungkan entry anda dengan laman web lain, anda boleh menggunakan hyperlink button. Anda hanya perlu menghighlightkan perkataan yang hendak dilinkkan.

6. Untuk menarik minat pelajar atau pembaca blog yang lain anda boleh mengupload gambar yang bersesuaian.

7. Selain itu, video juga dapat diupload mengikut saiz yang telah ditetapkan.


1. Ia merupakan contoh hyperlink seperti yang telah saya terangkan di atas sebentar tadi.

2. Anda boleh memilih tarikh dan masa untuk menyiarkan entry anda. Sebagai contoh, anda menulis entry pada hari ini tetapi mahu disiarkan pada isnin minggu depan, jadi anda hanya perlu ubah tarikh dan masa yang terdapat di ruang post option.

3. Untuk memudahkan pembaca membuat rujukan dan mencari bahan, anda dinasihatkan supaya membuat label setiap kali menulis entry. Sebagai contoh, sekiranya anda menulis tentang latihan tatabahasa, di bahagian label anda boleh letak "tatabahasa".

4. Tekan publish post sekiranya anda ingin menyiarkan entry yang telah anda tulis.

5. Sekiranya belum bersedia untuk menyiarkan entry yang anda tulis anda boleh menekan Save Now untuk disimpan sebagai draft.


Setelah selesai anda klik pada butang Publish Now, gambar seperti di atas ini akan muncul di skrin komputer anda.

1. Anda boleh melihat entry yang telah anda tulis dengan menekan View Post.

2. Sekiranya ingin memperbetulkan atau menambah bahan di entry anda, anda hanya perlu klik kepada Edit post.

3. Untuk memulakan entry berikutnya, tekanlah create a new post.

4. Untuk melihat isi kandungan blog secara keseluruhannya, klik pada View Blog.


***Saya harap dengan penerangan saya ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada kawan-kawan untuk memulakan pembinaan blog untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya bersedia membantu sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang pembinaan blog.

***Untuk makluman, saya tidak menyediakan penerangan tentang ubahsuai blog disebabkan ia terlalu rumit untuk diterangkan secara bergambar. Sekiranya ada di kalangan kawan-kawan yang berminat untuk belajar ubahsuai blog, silalah luangkan masa untuk kita sama-sama belajar.

***Saya bersedia untuk sama-sama belajar dengan kawan-kawan kerana setiap kali saya membantu kawan-kawan membina blog, saya juga turut mendapat maklumat baru untuk memudahkan penulisan blog.


0 keputusan Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama 2010

sila klik image untuk paparan lebih jelas :)


Click here...