Pages

Showing posts with label ibadat. Show all posts
Showing posts with label ibadat. Show all posts

2 Tugasan: Masalah Rumahtangga dan Penyelesaiannya

Berikut merupakan contoh-contoh yang baik untuk tajuk Talak yang telah kita pelajari. Kepada para pelajar yang belum menyempurnakan tugas yang diberi, diharap dapat melengkapkan tugasan anda dengan segera.

dari blog Diana

tugasan agama [tebus talak]

Badol bercerai

Oleh SUWARNI MOKHTAR
utusanpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Jun - ''Kita boleh menyayangi seseorang sebesar gunung tetapi masin dari sebutir garam mampu menghancurkan segalanya.''

Itu merupakan reaksi pelakon, A.R. Badul ketika ditanya sama ada dia masih mempunyai rasa sayang terhadap bekas isterinya, Muna Lisa Basir selepas selesai prosiding perceraiannya secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Dia juga nyata tersentuh dengan perceraian itu apabila dilihat mengesat air matanya berulang kali.

Pada prosiding yang dijalankan di kamar Hakim Syarie, Mohd. Yunos Mohamad Zin, Muna Lisa, 34, membayar RM1 kepada Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 60, sebagai tebus talak.

Pasangan itu yang berkenalan selama empat tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2001 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.

Perkahwinan Badul dengan Muna Lisa merupakan perkahwinan kali kelima buat pelakon dan pengarah filem Guru Badul dengan rumah tangga yang didirikan sebelum ini juga berakhir dengan penceraian.

Badul mempunyai tujuh orang anak hasil kesemua perkahwinannya.

Enggan mendedahkan punca sebenar yang membawa kepada penceraian tersebut, Badul sekadar memberitahu, berlaku sedikit pertengkaran dan dia telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan itu.

''Sebelum ini kami sudah pernah ke mahkamah apabila dia (bekas isteri) mendakwa saya telah melafazkan cerai sewaktu bertengkar tetapi saya betul-betul tidak ingat sama ada lafaz telah diucapkan. Tapi kemudiannya, kami berbaik semula.

''Kemudian, beberapa bulan lalu, berlaku sekali lagi pertengkaran dan dia sekali lagi menuntut cerai tetapi kali ini secara fasakh. Tetapi sementara menunggu di mahkamah, kami sempat berbincang dan sekali lagi memutuskan untuk tidak meneruskan proses fasakh itu. Bagi tebus talak ini pun, saya mengambil masa tiga bulan untuk memikirkannya,'' kata Badul.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini menolak permohonan Muna Lisa untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai selepas Badul mengangkat sumpah istizhar bagi menyakinkan mahkamah bahawa dia tidak ingat semasa melafazkan cerai tersebut.

Menjawab pertanyaan mengenai tindakan untuk bercerai secara tebus talak, Badul yang juga anak kepada pelawak, A.R. Tompel dan abang kepada pelakon Adlin Aman Ramli, ia adalah sebagai 'pendinding' buat dirinya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Katanya, jika proses perceraian adalah seperti yang biasa dilakukan, dia khuatir akan dikenakan tindakan mahkamah sekiranya tidak mampu memenuhi perintah mahkamah.

Bagaimanapun Badul memberitahu, dia tetap akan memberikan nafkah bulanan kepada bekas isteri dan anaknya itu.

Ditanya adakah, dia serik untuk berkahwin lagi, Badul menjawab :''Kalau ada lelaki yang kata serik untuk berkahwin, maknanya dia bukan lelaki rasanya. Tetapi bagi saya, sekiranya seseorang itu ikhlas menerima saya sebegini, yang ada kekurangannya, maka saya akan terima.''

Nota : Apabila berlaku khuluq, ( yang bermaksud perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluq. Kedua-dua lafaz tersebut dikaitkan dengan bayaran tertentu.) suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan cara berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baru.

Ahli Kumpulan :
Nur Diana Mohd Sayuti
Nur Amalina Mohd Farid
Siti Norhidayat Che Zaharin
Ku Nur Salsabila Ku Osman

dari blog Basyirah A.Rahman

Talak Bukan Boleh Dibuat Mainan - Tugasan Pendidikan Islam

Farhana dan Bell Ngasri

Cerai SMS Bell yang lucu membuat kes ini agak unik. Pelakon popular Nasrizal Ngasri atau Bell membuat penafian menghantar SMS cerai kepada isterinya tetapi kebenaran akhirnya terungkai apabila kes SMS itu dibawa ke mahkamah sehingga sah bercerai talak satu.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan perceraian talak satu yang dilafazkan Bell terhadap isterinya menerusi SMS pada 22 Oktober lalu selepas dia mengaku menghantar pesanan "Aku ceraikan kau...TQ... Selamat berjaya' menerusi telefon bimbitnya.

Bell kini semakin keliru apabila bekas isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri, 26 (Shasha) enggan kembali ke pangkuannya. Namun, pelakon filem Antoo Fighter ini berkata beliau akan berusaha kembali rujuk dengan bekas isteri selepas segala urusan penggambarannya selesai.

Dalam Islam, apabila seseorang suami itu melafazkan cerai, tidak kira dalam bentuk apa jua sekalipun, akan jatuh talak ke atas seseorang isteri itu. Dalam kes Bell Ngasri, beliau telah menjatuhkan talak melalui SMS dan keputusan mahkamah telah menyatakan dengan jelas bahawa penceraian mereka sah sebagai penceraian talak satu. Ketelanjuran kata mampu merosakkan sesebuah institusi rumah tangga dalam Islam. Namun beliau sedar akan ketelanjuran tersebut dan berusaha ingin rujuk semula dengan bekas isteri, Shasha. Kesimpulannya, peliharalah perbuatan dan perkataan demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam sesebuah institusi rumah tangga.


dari blog Nurshuhaida Rahim

. SAH BERCERAI selepas DITALAK .

. Sedih penulis membaca akhbar hari ini berkenaan perceraian Siti Nordiana . Beliau akhirnya telah selamat diceraikan suaminya, Faizal Mohd Yusup pada Ogos lalu. Mahkamah mengesahkannya semalam. Berikut adalah kata-kata Nana pada hari mahkamah mengesahkannya. ''Memang saya dan dia (Faizal) sudah tidak sefahaman. Perceraian ini juga tidak boleh ditangguh lagi. Dia sudah menjatuhkan talak dua pada penghujung Ogos lalu menerusi telefon . Ketika itu dia menelefon saya untuk berbincang masalah kami. Begitupun disebabkan tiada jalan penyelesaian kami sebulat suara untuk berpisah. Sebelum itu dia pernah menjatuhkan talak satu pada awal Ogos . Begitupun kami mengenepikan masalah itu seketika . Kami sudah tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mahu mencari jalan penyelesaian . Dalam keadaan sedar dan dengan niat, dia menyebut dengan jelas namanya disusuli nama saya sebelum menjatuhkan talak. Percanggahan pendapat dan tiada jalan penyelesaian punca utama perceraian ini. Soal wujudnya orang ketiga tidak timbul kerana sejak mendirikan rumah tangga sudah banyak kali kami dihimpit berita atau gosip seperti itu ''.

. Memang tidak dapat dielakkan bahawa kadangkala berlaku kepincangan dalam sesebuah rumah tangga khususnya keretakan hubungan antara suami isteri berpunca dari pelbagai sebab. Ini boleh dikaitkan dengan TALAK BAIN KUBRA , yang membawa maksud apabila suami menceraikan isteri dengan talak tiga, tidak boleh dirujuk semula atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua - semua perkara tersebut :

- Setelah selesai idah perempuan.
- Berkahwin dengan lelaki lain.
- Ada persetubuhan dengan suami baru.
- Bercerai dengan suami baru.
- Selesai idah dengan suami baru.

. Jadi, kesimpulan disini , janganlah menganggap perkahwinan suatu perkara yang mudah kerana kita akan diduga dengan dugaan yang mencabar dariNYA , sentiasa berdoa agar perkahwinan kita mendapat keredhaan Allah SWT dan sentiasa menjaga adab, tanggungjawab kita sebagai suami mahupun isteri .

0 Ibadat: Pengurusan Jenazah Satu Kefarduan

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai tajuk ini...sila klik sini






Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku



Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

0 Ibadat: Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

sambungan untuk tajuk Perkahwinan Dalam Islam...amboiii semua excited yer belajar tajuk ni ;)


Ciri-Ciri Bakal Suami dan Isteri...klik sini

Wanita Yang Haram Dikahwini...klik sini

0 Ibadat: Perkahwinan Dalam Islam

Minggu ni dalam bahagian Ibadat kita akan belajar tentang Perkahwinan Dalam Islam. Ini merupakan salah satu tajuk yang menjadi kesukaan para pelajar sepanjang ust mengajar tingkatan 5. Buat pengetahuan pelajar-pelajar yang disayangi, link-link di bawah merupakan bacaan atau nota tambahan untuk tajuk yang akan kita belajar bersama-sama di dalam kelas nanti.

Konsep Perkahwinan Dalam Islam...klik sini

Pengertian Perkahwinan...klik sini

Hukum Perkahwinan...klik sini

Hikmat Perkahwinan...klik sini

Click here...