Pages

0 Sirah dan Tamadun Islam: Keunggulan erjuangan Tokoh-Tokoh Islam


Terima kasih kerana semua memberikan kerjasama dalam pembentangan baru-baru ini. Sebelum ust menyenaraikan bahan bacaan tambahan, ust ingin menjelaskan kepentingan mengadakan pembentangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ust lebih gemar mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini bermakna para pelajar yang akan mengambil alih peranan guru sebagai perantara di dalam kelas. Tahap kefahaman menerima sesuatu maklumat yang disampaikan dalam pembentangan adalah berbeza antara satu sama lain.Ini kerana ia bergantung kepada isi kandungan pembentangan yang dapat memberi manfaat atau sebaliknya. Sekiranya isi kandungan pembentangan mantap ia dapat membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih mudah bagi sesebuah tajuk.

Setiap kali pembentangan diadakan, guru juga turut mengambil peranan. Amatlah malang sekiranya pembentangan diadakan tanpa ulasan daripada guru. Ia seolah-olah melepaskan batuk di tangga semata-mata. Ia akan memudaratkan prestasi para pelajar secara tidak langsung. Justeru, guru perlu mengulas isi kandungan pembentangan supaya para pelajar yang mengikuti sesi pembentangan akan lebih jelas dan faham. Seterusnya, guru perlu memberi maklumat tambahan sebagai panduan kepada para pelajar.

Pembentangan juga memberi ruang kepada para pelajar untuk berani ke hadapan. Melatih para pelajar untuk bercakap di khalayak ramai. Di samping itu, menghilangkan rasa gemuruh dan tidak yakin ketika berhadapan dengan orang ramai. Banyak faedah yang diperolehi melalui pembentangan sekiranya melihat dari sudut positif. Janganlah anggap ia sesuatu yang membebankan sebaliknya ia adalah satu menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.


*********************************************

Kita telah selesai belajar tajuk Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh Islam. Berikut adalah bacaan tambahan kepada para pelajar sekalian. Para pelajar boleh melayari laman web berikut sebagai maklumat tambahan.

Saidatina Fatimah Az-Zahra
....klik sini

Saidatina Aisyah....klik sini

Saidina Khalid Al-Walid....klik sini

Latihan...klik sini

0 comments:

Post a Comment

Click here...