Pages

0 topical test

selepas ini...tak ada entry terbaru. nak beri perhatian pada topical test..harap maklum.

***tutorial untuk buat blog juga terpaksa ditunda...harap maaf

0 Adab & Akhlak Islamiah: Adab Bermusafir

Islam mengharuskan umatnya bermusafir untuk tujuan yang baik seperti melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan bukan untuk tujuan kemaksiatan.

Hukum Bermusafir...klik sini

Adab Bermusafir...klik sini

0 Tilawah Al-Quran: Meyakini Hari Kebangkitan


Latihan Topikal

1) Nyatakan dua bukti kekuasaan Allah s.w.t (2m)

2) Senaraikan dua rahmat Allah s.w.t selain daripada hujan. (2m)

3) Jelaskan dua kepentingan air dalam kehidupan manusia. (4m)

4) Nyatakan dua bukti Allah s.w.t berkuasa menghidupkan semula manusia. (2m)

5) Terangkan dua persediaan orang mukmin untuk menghadapi kematian. (2m)

6) Jelaskan dua cara bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t (2m)

7) Terangkan dua kesan terhadap individu yang tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t (4m)

8) Nyatakan dua kesan buruk akibat pencemaran sungai dengan sisa toksik atau seumpamanya. (2m)

9) Jelaskan dua langkah berkesan menangani masalah pencemaran alam sekitar terutamanya sungai. (4m)

10) Cadangkan dua cara berkesan yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut. (2m)

************************************************

Untuk membantu para pelajar mendalami tajuk ini, ust sertakan beberapa bacaan tambahan yang berguna sebagai panduan buat anda semua :)

Tanda-Tanda Kiamat.....klik sini

Tanda-Tanda Kiamat Besar.....klik sini

Hari Istimewa, Hari Kebangkitan....klik sini

Cara Bersyukur...klik sini


0 20 Sekolah Terhebat



Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

0 aktiviti minggu ini

Alhamdulillah, kita berjaya menghasilkan nota terkumpul untuk Sirah dan Tamadun Islam bagi Tingkatan 3 dan 5. Terima kasih kepada para pelajar yang memberi kerjasama 100% dalam kelas Pendidikan Islam. Hasil kerja anda semua akan dikongsi oleh rakan-rakan anda sendiri satu kelas.


Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk membuat nota bagi tajuk-tajuk yang telah dipelajari. Ada yang gemar menyalin semula ayat-ayat yang terdapat dalam buku teks atau buku rujukan, ada yang akan menyalin hanya isi-isi penting dan ada yang hanya membuat lakaran atau peta minda ringkas setelah selesai membaca sesuatu topik. Semua ini bergantung kepada kebolehan masing-masing menguasai apa yang telah dipelajari sebelum ini.
Apa yang cuba diterapkan dalam pembelajaran anda ialah pembelajaran secara aktif. Para pelajar akan diberi kebebasan untuk membuat nota bagi tajuk yang telah dipelajari. Semua ini akan dipantau dari semasa ke semasa. Para pelajar disarankan agar sentiasa mengadakan diskusi ilmiah tentang tajuk-tajuk yang sudah dipelajari supaya mendapat input tambahan di samping cuba menyelesaikan latihan ulang kaji bersama-sama.

Orang yang berfikir jauh ke hadapan akan sentiasa cuba melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat pada dirinya kelak. Justeru, dengan masa yang terluang diharap para pelajar dapat mengisi masa dengan kegiatan-kegiatan yang berfaedah. Bagi yang mempunyai blog peribadi, silalah berhemah dalam penulisan anda. Walaupun anda bebas menulis apa sahaja yang terbuku di hati tetapi ingatlah setiap perbuatan anak Adam itu akan dinilai baik buruknya. Penulisan anda juga akan mencerminkan diri anda yang sebenar. Keberkatan dalam memperolehi ilmu tidak akan datang begitu sahaja sebaliknya perlu berusaha untuk mencarinya.

Datang dengan harapan,
Pulang dengan kejayaan.

0 Antara Dua Cinta



Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

0 Tahiah SGGS

Tahniah kepada warga SGGS kerana telah mendapat Sekolah Berprestasi Tinggi baru-baru ini. Justeru, sebagai warga pendidik dan pelajar SGGS kita perlu meningkatkan prestasi diri masing-masing demi memastikan kita semua dapat mencapai tahap yang telah digariskan dalam SBT. Semoga kita lebih bersemangat dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan. Yakinkan diri kita mampu jadi yang terbaik antara yang terbaik. Berikut merupakan keterangan serba ringkas mengenai Sekolah Berprestasti Tinggi. Jom sama-sama kita baca dan cuba mengadaptasi diri kita sebaik mungkin.

(kualiti gambar kurang memuaskan, sorry yer...)



Puan Pengetua berucap...bagitau berita yang menggembirakan


PK Pentadbiran pun turut sampaikan ucapannya...


Excited betul pelajar2 ni...bagus semangat korang semua ni ;)


semua tak ketinggalan nak dengar berita yang menggembirakan ;))

0 Hadis: Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau

Untuk topik pembelajaran dan pengajaran kali ini ialah Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau bahagian Hadis. Dalam tajuk ini kita akan melihat dengan lebih jelas bagaimana menguruskan masa dengan lebih efektif. Selain itu, sebagaimana yang kita ketahui sebagai hamba Allah, kehidupan di dunia adalah sementara dan kita diibaratkan sebagai seorang perantau atau pengembara. Banyak cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi dan hadapi sepanjang kehidupan seharian kita. Seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang dibincangkan di dalam kelas, ada beberapa isi penting yang dapat kita ambil teladan. Misalnya:

"Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang"

Oleh itu, sebagai seorang yang mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kita hendaklah mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan amatlah rugi sekiranya kita melengah-lengahkan masa.


Sebagai bacaan tambahan, boleh rujuk di link yang ust lampirkan di bawah...

Nota: Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau...klik sini

Info Sihat: Pengurusan Masa....klik sini

Powerpoint: Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau...klik sini

0 Tilawah Al-Quran: Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam


Maksudnya: Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia kemana- mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).


*** Para pelajar yang disayangi, anda boleh merujuk di laman web Pendidikan Islam yang lain sebagai rujukan tambahan. Berikut adalah laman web yang boleh dijadikan panduan:


Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Kruit - Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam

Preview Buku Pendidikan Islam (keluaran Pelangi Publishing Group Bhd) - Latihan Topikal

Tilawah Al-Quran - Contoh Soalan/Jawapan

0 Senarai Tajuk Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

Para pelajar yang dihormati sekalian...bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kita sepanjang tahun 2010, diharap dapat download senarai tajuk untuk tingkatan 3 dan 5. Dengan adanya senarai tajuk tingkatan 3 dan 5, diharap para pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Sila klik sini untuk download senarai tajuk tingkatan 3

Sila klik sini untuk download senarai tajuk tingkatan 5

0 Ibadat: Pengurusan Jenazah Satu Kefarduan

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai tajuk ini...sila klik sini






Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku



Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

0 Ibadat: Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

sambungan untuk tajuk Perkahwinan Dalam Islam...amboiii semua excited yer belajar tajuk ni ;)


Ciri-Ciri Bakal Suami dan Isteri...klik sini

Wanita Yang Haram Dikahwini...klik sini

0 Pembentangan: Akidah Ahli Al-Sunnah Wal Jamaah (5I/5J)



0 Pembentangan: Sifat-Sifat Rasul (3I/3T)






0 Lagu Mingguan: Setanggi Syurga (Inteam)

lagu mingguan: sesiapa rajin sila download untuk mendengar terlebih dahulu. kita akan buat dalam kelas nanti. insya Allah.

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga


please click here to download...

0 Ibadat: Perkahwinan Dalam Islam

Minggu ni dalam bahagian Ibadat kita akan belajar tentang Perkahwinan Dalam Islam. Ini merupakan salah satu tajuk yang menjadi kesukaan para pelajar sepanjang ust mengajar tingkatan 5. Buat pengetahuan pelajar-pelajar yang disayangi, link-link di bawah merupakan bacaan atau nota tambahan untuk tajuk yang akan kita belajar bersama-sama di dalam kelas nanti.

Konsep Perkahwinan Dalam Islam...klik sini

Pengertian Perkahwinan...klik sini

Hukum Perkahwinan...klik sini

Hikmat Perkahwinan...klik sini

0 Contoh Nota Edaran Untuk Sesi Pembentangan



Kelas 5D/5N merupakan kelas yang pertama yang mengadakan pembentangan untuk tajuk Akidah Ahli Al-Sunnah Wal Jamaah. Ust berpuas hati dan berharap pada masa akan datang kamu semua dapat buat yang lebih baik lagi. Ust menghargai setiap ahli kumpulan yang berusaha mencari maklumat tambahan samada dari blog ini mahupun dari buku-buku yang lain. Semangat yang anda semua tunjukkan menggambarkan kesungguhan untuk belajar subjek ini. Terima kasih banyak-banyak. Begitu juga dengan komen-komen yang ust baca dalam kertas pink yang kecik comel ini pun akan kita sama-sama perbaiki dari semasa ke semasa.

Kepada yang kurang mengambil bahagian ketika sesi pembentangan, diharap lepas ini lebih aktif dalam menyumbangkan idea untuk memantapkan lagi kumpulan masing-masing. Ada juga ya yang tidak membuat apa yang dipertanggungjawabkan. Lepas ini ust minta tolong sangat-sangat la berubah. Tak rugi kamu menyumbang apa-apa saja idea atau bahan kepada rakan-rakan kamu. Ilmu yang kita ada kalau dikongsi beramai-ramai akan lebih bermakna.

Syiah Batiniah

Syiah

Syiah Zaidiyah

Khawarij

Syiah Imamiah

Jumpa lagi nanti di kelas. Diharap kumpulan-kumpulan yang belum buat pembentangan akan lebih bersedia dan buat yang terbaik untuk kumpulan masing-masing. Ust sentiasa doakan kejayaan kamu semua..

0 I Asked for Strength

I asked for Strength.........
And God gave me Difficulties to make strong.

I asked for Wisdom.........
And God gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........
And God gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........
And God gave me Danger to overcome.

I asked for Love.........
And God gave me Troubled people to help.

I asked for Favours.........
And God gave me Opportunities.


I received nothing I wanted
I received everything I needed
My Prayer has been answered

source: Islam Poetry

0 Koleksi Nota Tilawah Al-Quran PMR: Tajwid

Assalamualaikum

Para pelajar yang disayangi...berikut merupakan panduan kepada kamu untuk mempelajari bahagian Tilawah Al-Quran dengan lebih berkesan. Diharap anda semua dapat memanfaatkan nota-nota yang ustazah beri ini dengan sebaik mungkin. Sebarang permasalahan sila rujuk dengan ustazah dengan kadar segera. Harap maklum.

Tajwid Tingkatan 1...klik sini

Tajwid Tingkatan 2...klik sini

Tajwid Tingkatan 3...klik sini

***nota-nota yang diberi sebagai maklumat tambahan dan panduan kepada para pelajar dalam pembelajaran Tilawah Al-Quran.

0 Perbincangan Kumpulan Tingkatan 3

Sepanjang 2 waktu untuk minggu depan kita akan adakan pembentangan secara berkumpulan. Tajuk yang dipilih untuk sesi pembentangan ialah Sifat-Sifat Rasul (Bahagian Akidah). Setiap pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk membentangkan tajuk yang diberi mengikut kreativiti masing-masing. Pembelajaran secara aktif dapat dicapai dengan melakukan aktiviti seperti ini. Para pelajar dapat berinterakasi antara satu sama lain dengan mengutarakan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk pembentangan yang telah diberi. Di samping itu, para pelajar juga dapat memupuk semangat bekerjasama serta bertoleransi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh guru.


Diharap para pelajar dapat mengikuti pembelajaran secara aktif ini. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan para pelajar yang disayangi dialu-alukan untuk berhubung dengan ustazah melaui sms/email/ facebook.


Berikut tajuk-tajuk kecil yang akan dibentangkan di dalam kelas:

Sifat Wajib Bagi Rasul

* Siddiq (benar)

* Amanah (jujur)

* Tabligh (menyampaikan)

* Fatonah (bijaksana)


Sifat Mustahil Bagi Rasul


* Kazib (pendusta)

* Khianat (pecah amanah)

* Kitman (menyembunyikan)

* Baladah (bodoh)


0 Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah(Akidah)

Assalamualaikum pelajar2 sekalian,

insya Allah minggu depan kita akan buat perbentangan mengenai bab ke 2 dalam bahagian Akidah iaitu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Setiap kelas akan dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut tajuk2 yang telah ditetapkan iaitu:

  • Syiah
  • Syiah Imamiah
  • Syiah Batiniah
  • Syiah Zaidiah
  • Khawarij
Setiap kumpulan dialu2kan membuat perbentangan mengikut kreativiti masing2. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan kertas edaran (nota ringkas tajuk yang dibentang) sebagai rujukan oleh rakan2 sekelas anda.


***maklumat tambahan:

# Asal-Usul Syiah...klik sini

# Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah...klik sini

# Taqlid dalam Ajaran Syiah Imamiah...klik sini

# Aliran- Aliran Cabang Dalam Syiah...klik sini


0 Kemanisan Iman (Iman Mutiara Hidup)

Daripada Ibnu Abbas r.a Nabi Saw bersabda: ” Dapat merasai kemanisan iman , orang yang meredhai ALLAH sebagai TUHAN, ISLAM sebagai AGAMA, dan MUHAMMAD sebagai RASUL.

Pengajaran yang kita dapati daripada hadis ini ialah:

1. Kemanisan Iman itu hanya boleh dirasai oleh orang yang:
* redha Allah sebagai Tuhan
* Islam sebagai Agama
* Nabi Muhammad saw sebagai Rasul

2. Tidak merasa berat atau susah menjadi seorang Islam

3. Mentaati segala perintah Allah, Menjauhi Larangan-Nya

4. Menjadikan Nabi MUhammad saw idola sepanjang zaman

5. Bangga menjadi seorang yang Muslim atau beragama Islam

6. Kemanisan iman akan membuat hidup kita serba lengkap, serba cukup dan sangat bahagia dan penuh ketenangan


rujukan: http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/12/23/merasai-kemanisan-iman/

0 Beriman Kepada Rasul

Nabi

Lelaki yang dipilih oleh Allah untuk memimpin umat manusia .
Allah menurunkan wahyu dirinya tetapi tidak wajib menyampaikan kepada umat manusia.
Rasul

Lelaki yang diutus oleh Allah untuk memimpin umat manusia.
Allah menurunkan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain.

nota selanjutnya sila download sini...

0 Mengenal Waqaf dan Ibtida'

Para pelajar yang dihormati...sila rujuk ke laman web ni untuk mengenal waqaf dan ibtida'i dengan lebih mendalam.



Waqaf (وقف) menurut:
- bahasa : Berhenti atau menahan.
- istilah : Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula.


Ibtida' (إبتداء) menurut:
- bahasa : Bermula
- istilah : Menyambung bacaan semula sesudah menghentikan bacaan sementara kerana bernafas.

0 Hukum Tajwid: Mad

Mad( مد ).
Dari sudut bahasa: Lebih / Tambahan. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memanjangkan sebutan lebih dari dua harakat ketika membaca huruf Mad (pemanjang) atau Lin yang bertemu dengan huruf Hamzah atau baris Sukun. Huruf Mad terdiri dari tiga huruf iaitu Alif( ا ), Wau( و )dan Ya'( ي ).
Huruf Wau disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di hadapan dan huruf Ya' pula disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di bawah manakala huruf Alif tidak baris lain yang berada sebelumnya selain baris di atas. Huruf Ya' dan Wau apabila berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, kedua-dua huruf tersebut tidak dinamakan huruf Mad tetapi ia dinamakan Huruf Lin.

1. Mad Tabi'i( المد الطبيعي )atau Mad Asli( المد الأصلى ).
Mad yang terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.

Ketika berhenti dan Sambung
Apabila huruf Mad berada dalam keadaan tetap, sambung dan berhenti, huruf tersebut dibaca secara Mad (panjang) sama ada ketika sambung dan berhenti. Begitu juga sama ada ketika berada di pertengahan kalimah seperti( مالك) (يوصيكم )atau di akhir kalimah seperti( والشمس وضحاها ).
Di dalam bahagian ini disyaratkan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.

Ketika Sambung
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja khususnya yang berkaitan dengan Mad Silah Kecil( مد الصلةالصغرى )iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ـهُ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ـهِ ), begitu juga supaya huruf Ha' kinayah disambung dengan huruf Wau atau Ya', huruf Mad disyaratkan mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris hidup seperti kalimah( إنه هو) (به بصيرا ).
Dalam keadaan ini huruf wau dan Ya' dibaca secara Mad sepanjang dua harakat (dengan syarat tidak terdapat huruf Hamzah yang berasingan darinya di dalam kalimah lain) dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti ia tidak dibaca secara Mad.

Ketika Berhenti
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja akan dibaca secara panjang sekiranya huruf Mad tersebut tetap berada di dalam keadaan berhenti bukan ketika sambung. Ia dibaca panjang pada huruf-huruf Alif yang ditukar dari baris dua di atasnya (Tanwin) seperti( عليمًا حكيمًا )dengan memberhentikan bacaan pada huruf Alif( حكيمًا )dan disyaratkan supaya Alif ini dibaca secara Mad tanpa menyambungnya dengan kalimah yang berada selepasnya.

2. Mad Far'i( المد الفرعي )ialah Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari Mad Asli disebabkan terdapat Hamzah( ء )atau tanda Sukun( ْ )selepas huruf Mad.

a. Mad Muttasil iaitu berangkai( المتصل )ialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti.

b. Mad Munfasil iaitu bercerai( المنفصل )ialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain. Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs. Mad SilahKubra (iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ـهُ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ـهِ )) juga termasuk di dalam hukum Mad Munfasil. Apabila terdapat huruf Hamzah yang berada dalam keadaan berasingan di dalam kalimah berikutnya selepas huruf Wau Silah dan Ya' Silah, hukumnya adalah mengikut hukum Mad Munfasil jika dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti, ia tidak boleh dibaca secara Mad.

c. Mad 'Aridh( العارض للسكون )ialah Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi Mad Tabi'i. Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat seperti:( الحمد لله رب العالمين ).
Mad 'Aridh mengambil hukum Mad Lin iaitu memanjangkan bacaan Wau dan Ya' Sukun dan terdapat huruf berbaris atas sebelum Wau dan Ya' ketika berhenti. Ia dinamakan dengan nama tersebut ialah kerana sebutannya terlalu lembut dan mudah seperti di dalam ayat:( فليعبدوا رب هذا البيت )

d. Mad Badal( البدل )ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati).
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif( ا )seperti:( آمنوا )kerana asalnya( ءأمنوا ).
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti:( إيمانا )kerana asalnya( إئمانا ).
Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Wau( و )seperti:( أوتوا )kerana asalnya( أؤتوا ).
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i.

e. Mad Lazim( المد اللازم )iaitu huruf Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di dalam bacaan bersambung atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf (sendi nama).
Ia dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah dibaca dengan enam harakat tanpa berubah, begitu juga kerana sebabnya iaitu Sukun ketika bacaan sambung dan berhenti.

- Mad Lazim Harfi Muthaqqal( المد اللازم الحرفي المثقل )ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid. Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya. Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat seperti huruf Lam di dalam kalimah( الم ).

- Mad Lazim Harfi Mukhaffaf( المد اللازم الحرفي المخفف ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam( الم ).
Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair( صله سحيرا من قطعك )dan ia terbahagi kepada empat bahagian: Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair( كم عسل نقص )kecuali huruf 'Ain. Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna. Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain. Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat. Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair( حي طهر ).
Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat. Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad.

- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal( المد اللازم الكلمي المثقل ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya. Contohnya Alif di dalam kalimah( الضالين ), dari firman Allah s.w.t( غير المغضوب عليهم ولاالضالين ).

- Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf المد اللازم الكلمي المخفف . Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung. Contohnya di dalam kalimah( أالآن )di dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.

0 Hukum Bacaan Basmalah dan Isti'azah

Basmalah

  • Bacaan bismilillahirrahmanirrahim.
  • Hukum membaca basmalah adalah sunat pada setiap awal surah kecuali surah At-Taubah (surah ini diturunkan dalam keadaan kemurkaan Allah kepada orang munafiq)

Isti'azah

  • Bacaan a'uzubillahiminashshaitonirrajim.
  • Hukum membaca isti'azah adalah sunat mu'akkad setiap kali hendak memulakan bacaan Al-Quran sama ada pada awal surah atau pertengahan.

0 Hukum Qalqalah

sila rujuk Buku Teks Tingkatan 5 (ms4)

Dari sudut bahasa:
Bergerak-gerak dan gementar.

Dari sudut istilah Ilmu Tajwid:
Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang.


Qalqalah Kubra

Huruf Qalqalah berada di akhir perkataan.
Contoh: ( خَلَقُ )


Qalqalah Sughra

Huruf Qalqalah mati ( ْ ) berada di pertengahan ayat.
Contoh: ( لُقْمَنَ )

0 Minggu 1 (Tingkatan 5)

Minggu 1

1. Ayat Bacaan Surah At-Taubah, ayat 1-15 (Tilawah Al-Quran)

2. Martabat Iman (Aqidah)

0 Senarai Tajuk Tingkatan 3

Minggu 1

1. Ayat Bacaan Surah Al-A'raf, ayat 1-10 (Tilawah Al-Quran)

2. Beriman Kepada Rasul (Aqidah)

3. Ketaatan Kepada Rasul (Aqidah)

4. Amali

Click here...