Pages

0 Akidah: Ajaran Sesat





0 Keputusan Topikal Test Tingkatan 5

Sila klik image untuk melihat markah anda.
5 MUTIARA



5 ZAMRUD



5 JED


5 INTAN


5 DELIMA


5 NILAM

0 Skema Jawapan Topical Test February 2010

Soalan 1

a) Sebab-sebab Allah s.w.t memerintahkan orang Islam supaya memberi perlindungan kepada orang bukan Islam (2m)

- menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
- membuktikan keindahan ajaran Islam
- umat Islam akan dijadikan contoh teladan dalam semua aspek kehidupan
- supaya mereka memperoleh petunjuk daripada Allah untuk menerima Islam

b) 2 implikasi tidak menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam (4m)

- tidak menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
- tidak menjadikan umat Islam sebagai contoh teladan yang baik dalam kehidupan
- tidak membuktikan keindahan ajaran Islam

c) 2 sebab pendakwah perlu berilmu (4m)

- supaya mampu menguasai bidang-bidang tertentu seperti teknologi maklumat, komunikasi dan sebagainya.
- supaya apa yang disampaikan tidak bercanggah dengan Al Quran dan sunnah


Soalan 2

a) Saya menguruskan masa dengan bijak (2m)

- mempunyai jadual yang teratur dan menyiapkan kerja yang diberikan dengan segera

b) 2 kesan negatif sekiranya menangguhkan kerja (4m)

- hasil kerja yang diperoleh tidak berkualiti dan akan menjejaskan nama syarikat dan sebagainya
- hidup dalam keadaan resah dan gelisah kerana menghadapi tekanan daripada majikan
- produktiviti sesebuah syarikat akan menurun dan menjejaskan ekonomi sesebuah negara

c) bekalan menghadapi alam akhirat (4m)

- takwa/melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala laranganNya dengan taat dan ikhlas

Soalan 3

a) Maksud kemanisan iman (2m)

- berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah lebih daripada kepentingan sendiri.

b) Maksud ahli sunnah wal jamaah (2m)

- kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah Rasullulah s.aw dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bidaah.

c) 2 prinsip ahli sunnah wal jamaah (4m)

- berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah
- apabila terdapat perbezaan pandangan, mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah
- tidak menghukum sesuatu melainkan jika terdapat bukti yang sah

d) maksud istilah (2m)

- syiah: golongan yang mendoong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebgai khalifah selepas Rasulullah s.a.w

- khawarij: kumpulan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah bin Abi Sufian tetapi mereka tidak menerima Majlis Tahkim.

Soalan 4

a) Maksud perkahwinan dari segi istilah (2m)

- Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang memberi makna nikah untuk menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

b) 2 hikmat disyariatkan perkahwinan (4m)

- menjauhkan diri daripada dosa dan pelbagai penyakit seperti AIDS dan siflis
- hubungan seksual seseorang dapat disalurkan dengan cara yang halal dan sah
- menjalinkan silaturahim antara kedua keluarga

c) 2 golongan pertempuan yang haram dikahwini selama-lamanya (2m)

- persemendaan: ibu tiri dan ke atas, ibu mentua
- penyusuan: ibu susuan dan ke atas, anak susuan dan ke bawah
- keturunan: ibu, nenek dan keatas, anak perempuan

d) Maksud istilah (2m)

- mahar: suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah

- walimatulurus: kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan

1 Adab & Akhlak Islamiah: Adab Terhadap Ibubapa

hasil kerjasama antara rakan-rakan sekelas 3I/3T maka kita berjaya melakukan apa yang telah dirancang. syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menghasilkan nota:

*** bahan-bahan untuk nota mestilah 100% dari suratkhabar

***dilarang menggunakan tulisan tangan ataupun komputer

***cari contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk yang diberi seperti gambar, artikel ataupun perkataan-perkataan yang mempunyai kaitan dengan tajuk


akhirnyaaaa...kita semua berjaya menghasilkan nota untuk Adab Terhadap Ibubapa dengan menggunakan suratkhabar. tahniah, semuanya menarik untuk dibaca dan terdapat beberapa artikel sebagai bahan bacaan sampingan untuk tajuk yang kita pelajari.



cover untuk Kesan Baik Menghormati Ibubapa

nota untuk Kesan Baik Menghormati Ibubapa

nota untuk Akibat Derhaka Terhadap Ibubapa

nota untuk Adab Terhadap Ibubapa dari segi pergaulan



nota untuk Sebab Wajib Berbakti Terhadap Ibubapa

artikel yang berkaitan dengan Sebab Wajib Berbakti Terhadap Ibubapa

nota untuk tajuk Tanggungjawab Anak Terhadap Ibubapa

nota untuk Adab Terhadap Ibubapa dari segi percakapan

nota untuk Cara Berbakti Kepada Ibubapa

Pembentangan untuk tajuk ini juga menyeronokkan. Terima kasih kerana memberi kerjasama yang baik. Mana-mana kumpulan yang kena tegur dengan ust janganlah terasa hati kerana ini adalah untuk kebaikan dalam pembelajaran. Ada yang membuat sketsa pendek untuk memastikan rakan-rakan faham dengan tajuk yang dibentang. Kepada kumpulan yang berjaya memperolehi markah tinggi, pastikan anda kekalkan prestasi anda. Dan pada yang tidak berjaya kenalah berusaha untuk lebih berjaya.

0 Sirah & Tamadun Islam: Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah


Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tamadun Islam mencapai zaman keemasannya. Umat Islam ketika itu mencapai kejayaan dalam aspek penyebaran Islam, pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi serta ketenteraan.

Kita akan belajar dengan lebih lanjut lagi di dalam kelas. Sebagai persediaan awal, para pelajar bolehlah merujuk ke laman-laman ilmu berikut:

Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah...klik sini

Nota Ringkas...klik sini

Latihan...klik sini

0 Sirah dan Tamadun Islam: Keunggulan erjuangan Tokoh-Tokoh Islam


Terima kasih kerana semua memberikan kerjasama dalam pembentangan baru-baru ini. Sebelum ust menyenaraikan bahan bacaan tambahan, ust ingin menjelaskan kepentingan mengadakan pembentangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ust lebih gemar mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini bermakna para pelajar yang akan mengambil alih peranan guru sebagai perantara di dalam kelas. Tahap kefahaman menerima sesuatu maklumat yang disampaikan dalam pembentangan adalah berbeza antara satu sama lain.Ini kerana ia bergantung kepada isi kandungan pembentangan yang dapat memberi manfaat atau sebaliknya. Sekiranya isi kandungan pembentangan mantap ia dapat membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih mudah bagi sesebuah tajuk.

Setiap kali pembentangan diadakan, guru juga turut mengambil peranan. Amatlah malang sekiranya pembentangan diadakan tanpa ulasan daripada guru. Ia seolah-olah melepaskan batuk di tangga semata-mata. Ia akan memudaratkan prestasi para pelajar secara tidak langsung. Justeru, guru perlu mengulas isi kandungan pembentangan supaya para pelajar yang mengikuti sesi pembentangan akan lebih jelas dan faham. Seterusnya, guru perlu memberi maklumat tambahan sebagai panduan kepada para pelajar.

Pembentangan juga memberi ruang kepada para pelajar untuk berani ke hadapan. Melatih para pelajar untuk bercakap di khalayak ramai. Di samping itu, menghilangkan rasa gemuruh dan tidak yakin ketika berhadapan dengan orang ramai. Banyak faedah yang diperolehi melalui pembentangan sekiranya melihat dari sudut positif. Janganlah anggap ia sesuatu yang membebankan sebaliknya ia adalah satu menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.


*********************************************

Kita telah selesai belajar tajuk Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh Islam. Berikut adalah bacaan tambahan kepada para pelajar sekalian. Para pelajar boleh melayari laman web berikut sebagai maklumat tambahan.

Saidatina Fatimah Az-Zahra
....klik sini

Saidatina Aisyah....klik sini

Saidina Khalid Al-Walid....klik sini

Latihan...klik sini

0 Perhatian: Topical Test

Assalamualaikum

Ust nak maklumkan ust akan adakan topical test untuk tingkatan 3 dan 5. Berikut merupakan jadual terkini untuk topical test:

3J/3Z - Khamis (04/02/10)
3I/3T - Jumaat (05/02/10)


5D/5N - Jumaat (05/02/10)
5M/5Z - Isnin (08/02/10)
5I/5J - Selasa (09/02/10)

2 What is a blog and why are they such a big deal?



what is a blog???
why are blogs important?

Click here...