Pages

0 Tutorial: Cara Membina Blog

Sebelum ini saya ada membuat entry tentang kelebihan mempunyai blog sendiri. Kali ini saya ingin membantu rakan-rakan yang belum mahir untuk membuat blog sendiri. Diharap dengan penerangan saya ini dapat membantu rakan-rakan untuk membina blog yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

***klik image untuk nampak lebih jelas...

Blogspot menjadi pilihan kepada sesiapa saja yang baru-baru berjinak dengan dunia blog. Saya akan terangkan mengikut urutan nombor yang telah saya labelkan pada gambar di atas.

1. Bagi yang sudah mempunyai Google Account, anda hanya perlu sign in mengikut email dan password yang telah didaftarkan.

2. Sekiranya anda belum lagi mempunyai blog sendiri, anda perlu klik pada Create A Blog untuk memulakan pembinaan blog.

3. Maklumat tambahan...anda boleh klik di hyperlink2 untuk mengikuti tutorial yang telah disediakan oleh pihak blogger.com.


Bagi yang belum mempunyai Google Account, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara untuk anda mendaftar dengan mudah.

1. Sila tulis email yang akan anda guna untuk setiap kali anda sign in.

2 dan 3. Pilih password yang tidak boleh dicerobohi atau diketahui oleh sesiapa sebagai langkah keselamatan.

4. Display name...anda boleh memilih apa sahaja nama yang akan dipaparkan di blog.


Setelah selesai mendaftar di Google Account, anda perlu menamakan blog anda.

1. Pilih nama yang sesuai untuk blog anda.

2. Kemudian, pilih nama untuk link blog anda pula.

3. Anda boleh check availbility untuk memastikan nama link yang anda pilih belum digunakan oleh orang lain.

Seterusnya, anda diberi peluang untuk memilih template blog anda. Terdapat banyak pilihan yang menarik yang boleh anda pilih. Setelah berpuas hati dengan pilihan template, klik continue untuk langkah yang seterusnya.

Klik kepada Start Blogging untuk memulakan entry yang pertama di blog anda.
Anda boleh mula menulis entry yang pertama. Sebelum memulakan entry, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang fungsi-fungsi yang terdapat dalam gambar di atas.

1. Jangan lupa menulis tajuk entry supaya memudahkan anda membuat rujukan pada bila-bila masa.

2. Anda boleh memilih jenis-jenis tulisan mengikut kehendak dan citarasa masing-masing.

3. Tulisan boleh diubah-ubah mengikut saiz yang anda suka.

4. Seperti dalam microsoft office, anda boleh pilih b = boldkan tulisan manakala i = italic.

5. Sekiranya anda hendak menghubungkan entry anda dengan laman web lain, anda boleh menggunakan hyperlink button. Anda hanya perlu menghighlightkan perkataan yang hendak dilinkkan.

6. Untuk menarik minat pelajar atau pembaca blog yang lain anda boleh mengupload gambar yang bersesuaian.

7. Selain itu, video juga dapat diupload mengikut saiz yang telah ditetapkan.


1. Ia merupakan contoh hyperlink seperti yang telah saya terangkan di atas sebentar tadi.

2. Anda boleh memilih tarikh dan masa untuk menyiarkan entry anda. Sebagai contoh, anda menulis entry pada hari ini tetapi mahu disiarkan pada isnin minggu depan, jadi anda hanya perlu ubah tarikh dan masa yang terdapat di ruang post option.

3. Untuk memudahkan pembaca membuat rujukan dan mencari bahan, anda dinasihatkan supaya membuat label setiap kali menulis entry. Sebagai contoh, sekiranya anda menulis tentang latihan tatabahasa, di bahagian label anda boleh letak "tatabahasa".

4. Tekan publish post sekiranya anda ingin menyiarkan entry yang telah anda tulis.

5. Sekiranya belum bersedia untuk menyiarkan entry yang anda tulis anda boleh menekan Save Now untuk disimpan sebagai draft.


Setelah selesai anda klik pada butang Publish Now, gambar seperti di atas ini akan muncul di skrin komputer anda.

1. Anda boleh melihat entry yang telah anda tulis dengan menekan View Post.

2. Sekiranya ingin memperbetulkan atau menambah bahan di entry anda, anda hanya perlu klik kepada Edit post.

3. Untuk memulakan entry berikutnya, tekanlah create a new post.

4. Untuk melihat isi kandungan blog secara keseluruhannya, klik pada View Blog.


***Saya harap dengan penerangan saya ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada kawan-kawan untuk memulakan pembinaan blog untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya bersedia membantu sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang pembinaan blog.

***Untuk makluman, saya tidak menyediakan penerangan tentang ubahsuai blog disebabkan ia terlalu rumit untuk diterangkan secara bergambar. Sekiranya ada di kalangan kawan-kawan yang berminat untuk belajar ubahsuai blog, silalah luangkan masa untuk kita sama-sama belajar.

***Saya bersedia untuk sama-sama belajar dengan kawan-kawan kerana setiap kali saya membantu kawan-kawan membina blog, saya juga turut mendapat maklumat baru untuk memudahkan penulisan blog.


0 comments:

Post a Comment

Click here...