Soalan 1a)
Sebab-sebab Allah s.w.t memerintahkan orang Islam supaya memberi perlindungan kepada orang bukan Islam (2m)
- menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
- membuktikan keindahan ajaran Islam
- umat Islam akan dijadikan contoh teladan dalam semua aspek kehidupan
- supaya mereka memperoleh petunjuk daripada Allah untuk menerima Islam
b)
2 implikasi tidak menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam (4m)
- tidak menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
- tidak menjadikan umat Islam sebagai contoh teladan yang baik dalam kehidupan
- tidak membuktikan keindahan ajaran Islam
c)
2 sebab pendakwah perlu berilmu (4m)
- supaya mampu menguasai bidang-bidang tertentu seperti teknologi maklumat, komunikasi dan sebagainya.
- supaya apa yang disampaikan tidak bercanggah dengan Al Quran dan sunnah
Soalan 2a)
Saya menguruskan masa dengan bijak (2m)
- mempunyai jadual yang teratur dan menyiapkan kerja yang diberikan dengan segera
b)
2 kesan negatif sekiranya menangguhkan kerja (4m)
- hasil kerja yang diperoleh tidak berkualiti dan akan menjejaskan nama syarikat dan sebagainya
- hidup dalam keadaan resah dan gelisah kerana menghadapi tekanan daripada majikan
- produktiviti sesebuah syarikat akan menurun dan menjejaskan ekonomi sesebuah negara
c)
bekalan menghadapi alam akhirat (4m)
- takwa/melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala laranganNya dengan taat dan ikhlas
Soalan 3a)
Maksud kemanisan iman (2m)
- berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah lebih daripada kepentingan sendiri.
b)
Maksud ahli sunnah wal jamaah (2m)
- kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah Rasullulah s.aw dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bidaah.
c)
2 prinsip ahli sunnah wal jamaah (4m)
- berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah
- apabila terdapat perbezaan pandangan, mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah
- tidak menghukum sesuatu melainkan jika terdapat bukti yang sah
d)
maksud istilah (2m)
-
syiah: golongan yang mendoong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebgai khalifah selepas Rasulullah s.a.w
-
khawarij: kumpulan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah bin Abi Sufian tetapi mereka tidak menerima Majlis Tahkim.
Soalan 4a)
Maksud perkahwinan dari segi istilah (2m)
- Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang memberi makna nikah untuk menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
b)
2 hikmat disyariatkan perkahwinan (4m)
- menjauhkan diri daripada dosa dan pelbagai penyakit seperti AIDS dan siflis
- hubungan seksual seseorang dapat disalurkan dengan cara yang halal dan sah
- menjalinkan silaturahim antara kedua keluarga
c)
2 golongan pertempuan yang haram dikahwini selama-lamanya (2m)
- persemendaan: ibu tiri dan ke atas, ibu mentua
- penyusuan: ibu susuan dan ke atas, anak susuan dan ke bawah
- keturunan: ibu, nenek dan keatas, anak perempuan
d)
Maksud istilah (2m)
-
mahar: suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah
-
walimatulurus: kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan